English
Monetize your website traffic with yX Media


KATHMANDU: Seorang wanita muda Nepal maut disyaki akibat terhidu asap ketika dikurung dalam pondok kerana datang haid mengikut tradisi lama yang diharamkan sedekad lalu, kata polis hari ini.
Kebanyakan masyarakat di Nepal menganggap wanita datang haid sebagai tidak suci dan di kawasan terpencil, mereka dipaksa tidur dalam pondok jauh dari rumah, amalan dikenali sebagai chhaupadi.
Gauri Bayak, 21, ditemui mati oleh jirannya dalam pondok dipenuhi asap pagi Isnin, di sebuah perkampungan di daerah barat Achham.
"Mangsa menghidupkan api untuk memanaskan diri dan kami mengesyaki dia lemas dan maut akibat terhidu asap," kata ketua polis tempatan Dadhi Ram Neupane kepada AFP.
Polis menunggu keputusan bedah siasat untuk mengesahkan punca kematian.
Chhaupadi dikaitkan dengan agama Hindu dan menganggap wanita tidak boleh didekati ketika datang haid, begitu juga selepas melahirkan anak.
Dilarang menyentuh makanan, patung keagamaan, ternakan dan lelaki, wanita terbabit diharamkan berada di rumah dan terpaksa tidur dalam pondok daif.
Amalan itu diharamkan pada 2005 namun masih diikuti di beberapa bahagian di Nepal, terutama rantau barat terpencil. - AFP
أحدث أقدم