English
Monetize your website traffic with yX Media


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan ia berehat seketika daripada peningkatan baru-baru ini, kata peniaga.
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup pada 1,822.92, susut 4.03 mata daripada 1,826.95 semasa ditutup semalam, selepas dibuka tinggi 1.95 mata kepada 1,828.9.
Barometer pasaran bergerak antara 1,821.27 dan 1,830.63 sepanjang dagangan hari ini.
Peniaga berkata pembetulan pengambilan untung akan berterusan untuk beberapa hari akan datang untuk meneutralkan momentum terlebih beli dan jumlah yang meningkat, serta menggalakkan aliran meningkat yang lebih mampan pada masa akan datang.
Beliau berkata melepasi paras 1,840 semalam menunjukkan sebahagian peserta pasaran gembira dengan momentum pasaran yang positif dalam beberapa hari ini dan dilihat bersedia untuk mencuba di bahagian pembelian selepas jumlah dagangan pasaran yang luar biasa sebanyak 6.96 bilion saham dicatatkan pada Isnin.
"Bagaimanapun, ketidakupayaan pasaran untuk naik lebih tinggi daripada 1,840.15 menunjukkan semua pembeli berpotensi yang agresif tidak lagi bergiat aktif dan tiada sokongan belian baharu untuk membawa pasaran lebih tinggi dengan kadar segera," katanya.
Beliau berkata ini mewujudkan kebimbangan terhadap tekanan pengambilan untung yang menyaksikan pasaran susut kembali di bawah paras 1,830.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok satu sen kepada RM9.84 dan Public Bank naik dua sen kepada RM20.84.
TNB susut dua sen kepada RM15.86, Petronas Chemicals merosot tiga sen kepada RM8.11 dan CIMB Group berkurangan satu sen kepada RM6.74.
Daripada saham aktif, UMW O&G turun 1.5 sen kepada 41 sen, Sapura Energy jatuh tiga sen kepada 90.5 sen dan Borneo Oil susut setengah sen kepada sembilan sen. - BERNAMA

Lebih baru Lebih lama