English
Monetize your website traffic with yX Media
PEMAIN Sevilla meraikan jaringan rakan sepasukan ketika aksi Liga Sepanyol menentang Real Betis, baru-baru ini. - Foto AFP

BARCELONA: Sevilla akan membuat laporan kepada badan induk bola sepak Eropah (UEFA) berhubung tindakan Manchester United yang tidak menyediakan jumlah tiket mencukupi kepada penyokong kelab Sepanyol itu, membabitkan aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Old Traford.
Kedua-dua kelab dilihat terbabit dalam 'perang harga tiket' selepas United mengenakan caj tambahan kepada penyokong Sevilla bagi menampung subsidi kepada penyokongnya yang berkunjung ke Sepanyol pada aksi pertama.
Pada aksi pertama, Sevilla mengenakan caj antara STG89 dan STG133 (RM482 dan RM720) kepada penyokong United bagi menyaksikan perlawanan di Ramon Sanchez Pizjuan dan United menyifatkan jumlah itu sebagai keterlaluan.
Dalam e-mel kepada pemegang tiket perlawanan, United menjelaskan mereka akan memulangkan STG35 (RM189), iaitu jumlah perbezaan yang terpaksa dibayar penyokong Red Devils berbanding caj yang pernah dikenakan Sevilla kepada penyokong Liverpool, STG54 (RM292) ketika aksi peringkat kumpulan.
Sevilla tampil menjelaskan jumlah itu bagi subsidi kepada penyokong mereka untuk ke Old Trafford dan mengemukakan aduan kepada UEFA selepas United hanya memperuntukan 2,995 tempat duduk, iaitu 4.1 peratus daripada kapasiti stadium.
Peraturan Liga Juara-Juara menetapkan pasukan tuan rumah perlu memperuntukan lima peratus daripada tempat duduk kepada penyokong pasukan lawan.
"Sevilla akan beri subsidi tiket kepada penyokong untuk ke Manchester," kata Sevilla menerusi satu kenyataan.
"Kami membuat aduan kepada UEFA selepas menyedari lima peratus seperti ditetapkan tidak dipenuhi dan juga kenaikan harga tiket."
Manakala United menerusi jurucakapnya memberitahu: "Kami sedar peraturan, ketetapan harga sama untuk penyokong tuan rumah dan juga pelawat.
"Kami mengalu-alukan kesediaan UEFA untuk membincangkan isu ini." -Reuters
Lebih baru Lebih lama